Gambatu adalah gam epoxi yang digunakan dalam industri marin bagi menampal lubang atau rekahan. Ianya mudah dan selamat digunakan kerana tidak menjejaskan cat dan rendah toksik.Ia amat kuat, keras seperti batu serta kalis air dan minyak. Gam ini biasanya digunakan oleh bengkel-bengkel kereta bagi nenutupi lubang pada bumbung kereta yang bocor atau bahagian enjin yang bocor.

  1. Ia mengandungi 2 bahagian - Part A dan Part B. Kedua-dua batu ini harus dicampur pada ratio 2 Part A dan 1 Part B ( 2:1 ).
  2. Bersih bahagian yang hendak di Gambatu dengan sabun dan air agar minyak dan kotoran hilang kemudian lap sampai kering.
  3. Bersihkan lagi bahagian tersebut dengan sandpaper agar bahagian tersebut benar-benar bebas dari cat, karat, minyak dan air.
  4. Bancuh Gambatu seperti di no.1 kemudian oles/tepek pada bahagian tersebut, biarkan 5 minit agar Gambatu masuk kedalam lubang.
  5. Ratakan permukaan yang ditampal dengan hujung jari yang dicelup air atau  disarung dengan plastik.
  6. Bersihkan lebihan Gambatu pada permukaan tersebut dengan kain atau tisu.
  7. Biarkan kering selama 24 jam. Apabila keras Gam Batu boleh digosok bagi melicinkannya..

Cara Guna Gambatu

Ujian Lasak Gambatu